Friday 8 February 2013

MISI SUKARELAWAN UMT MEMBANTU MANGSA BANJIR DI BESUT

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Sepanjang bulan Disember, Terengganu telah mengalami musim tengkujuh. Kebanyakan daerah di Terengganu mengalami banjir. Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar UMT telah mengambil bahagian dalam Misi Sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di daerah Besut, Terengganu pada 27 Disember 2012. Dalam kesibukan untuk mengahadapi Peperiksaan akhir semester, mereka masih lagi sempat untuk berbakti dan membantu penduduk daerah Besut, yang memerlukan bantuan. Walaupun hanya sehari sahaja misi sukarelawan tersebut, sudah cukup untuk meringankan beban mereka yang memerlukan pertolongan. Semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan kepada mereka. Bangga menjadi sebahagian daripada warga UMT yang cakna akan keadaan sekeliling.









Berikut merupakan keratan akhbar di Berita Harian, Selasa, 1 Januari 2013 yang lepas, berkaitan dengan misi Sukarelawan UMT.



Sekian terima kasih. MELESTARIKAN PEMBANGUNAN MAHASISWA BERINTEGRITI


No comments:

Post a Comment