Friday 8 February 2013

Kenaikan Pangkat Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim

Assalamualaikum, salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia.


Pada tanggal 1 Januari 2013 yang lepas, bermula episod baru bagi mantan timbalan naib Canselor(HEPA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim sebagai naib Canselor yang baru di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).  Beliau telah dinaikkan pangkat dan mula memikul tanggungjawab tersebut bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2015. Beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Alias Daud yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember yang lalu. Semoga beliau berjaya melakukan tugasnya dengan cemerlang dan gemilang.



Pada 6 Januari yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan majlis bagi menghargai jasa beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat di UMT. Beliau telah melakukan pelbagai perubahan sepanjang perkhidmatan beliau di sini.






Kenaikan pangkat beliau di dada akhbar.

Akhir kata, Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2012 mengucapkan Salam Perpisahan atas Perlantikan Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim sebagai Naib Canselor UNiSZA. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.


•• MELESTARIKAN PEMBANGUNAN MAHASISWA BERINTEGRITI ••




No comments:

Post a Comment