Thursday 31 January 2013

Step Mengadakan Karnival Jualan di UMT. (bhg 2)

continue from the previous entry.. let read the rest..


           1)      Semasa event:

Ø  Pastikan segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar dan selari dengan jadual dan masa yang diperuntukkan.

o   Cth: Hari pertama merupakan masa untuk para peniaga loading barangan masing- masing ke dalam booth. Seboleh- bolehnya elakkan para peniaga loading barangan mereka lewat dari masa yang ditentukan untuk mengelakkan sebarang masalah.

Ø  Pastikan di booth Urusetia terdapat Pegawai atau Krew yang bertanggungjawab dalam bidang masing- masing untuk memudahkan sebarang urusan seperti menerima aduan atau menyampaikan maklumat terkini kepada para peniaga dan pengunjung karnival.

Ø  Sediakan alatan- alatan kecemasan seperti First Aid Box dan  nombor penting yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan seperti pegawai teknikal elektrik jika berlaku sebarang litar pintas atau terputus bekalan elektrik. Antara nombor penting yang boleh dihubungi:

            - Timb. Pengarah Program
            - Semua ketua AJK
            - Electric Technician 
            - Wakil PPH sekiranya memerlukan alatan lebih seperti pam air
            - Wakil PKU sekiranya berlaku kecederaan serius
            - Wakil yang bertanggungjawab dengan kebersihan ditempat awam
            - Wakil dari Pejabat Keselamatan Universiti 

Dan,antara benda penting yang perlu di booth urusetia:

           - Senarai nombor lot kedai beserta peniaga
           - Jadual bertugas urusetia
           - Layout kedudukan booth dan alatan lain di tapak karnival
           - dan maklumat terkini berkenaan event.

Ø  Memastikan suasana aman tenteram terutamanya dari aspek trafik dan keselamatan.



Ø  Tabahkan hati, kuatkan fizikal.




     amat penting untuk semua ahli pasukanmengenakpasti kekurangan di dalam segala aspek supaya event akan berjalan dengan lancar..

Jom dengar beberapa perkara yang boleh mengakibatkan kepada kegagalan sesebuah event.. =)

Step Mengadakan Karnival Jualan di UMT. (bhg 1)


Step Mengadakan Karnival Jualan di UMT.

Untuk mengadakan aktiviti berunsurkan jualan di UMT, ada beberapa perkara yang anda perlu selesaikan dalam tempoh awal sebelum melaksanakannya. Jadi, disini saya sediakan beberapa panduan yang boleh diikuti:

               1)      Sebelum event:

Ø  Pilih tarikh yang sesuai
Ø  Sediakan paperwork yang lengkap
Ø  Dapatkan kelulusan dari pegawai yang berkenaan ( untuk meluluskan perjalanan keluar masuk surat dan urusan rasmi yang lain)
*pastikan paperwork mendapat kelulusan 2-3 bulan sebelum aktiviti dijalankan untuk mengelakkan penundaan tarikh dan kerja last minit.
Ø  Lakukan pembahagian tugas secara lengkap dan teliti antara AJK yang dilantik
Ø  Pastikan segala surat- surat permohonan alatan dan sebagainya dihantar kepada jabatan- jabatan yang berkenaan. Cth:
i)        Permohonan Menggunakan Kanopi, surat ditujukan kepada pihak Pusat Pembangunan Harta (PPH) UMT
ii)       Pemohonan Menggunakan Kawasan Hostel, surat ditujukan kepada pihak Pembangunan Kemudahan Pelajar (PKP) UMT
iii)      Pemohonan Menggunakan Alatan Siaraya, surat  ditujukan kepada pihak Pusat Kebudayaan dan Keseniaan HEPA. Dsb.
Ø  Memastikan booth, meja, kerusi, booth tagging, wiring dan keperluan lain telah disediakan. Buat Senarai Checklist untuk memudahkan anda.
Ø  Sediakan dokumen- dokumen lain yang penting.
Ø  Mantapkan promosi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di karnival anda. Lagi awal lebih baik.

Bersambung di entry yang seterusnya... =) here some tips from Lindsay Pellegrino.. enjoy it!!

          

Saturday 5 January 2013

Barisan Ahli Majlis Kolej Siswa UMT (MKS) sesi 2012/2013

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Pada 3 Januari yang lepas, satu majlis watikah Perlantikan  Majlis Kolej Siswa  (MKS) Universiti Malaysia Terengganu sesi 2012/2013 yang dilakukan secara tertutup di Bilik Mesyuarat Kafeteria Sheikh Abdul Malek. Di sini selaku wakil Majlis Tertinggi UMT sesi 2012/2013, kami  mengucapkan sekalung tahniah kepada ahli Majlis Kolej Siswa UMT yang baru sahaja dilantik untuk memikul amanah yang telah diberi.





Oleh itu,sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai Kolej Siswa boleh berhubung dengan pihak MKS 2012/2013, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Hadir berdiri bersama kita menjalankan amanah yang digalas. Sekalung tahniah diucapkan kepada MKS 2012/2013.

• Melestarikan Pembangunan Mahasiswa Berintegriti •