Thursday 18 October 2012

Retreat Majlis Perwakilan Pelajar UMT 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.



Pada 18 Oktober 2012, barisan MPP 2012 telah mengikuti program Retreat Majlis Perwakilan Pelajar di Rumbia Resort Villa, Paka, Terengganu. Program ini diadakan selama 3 hari. Objektif program ini adalah untuk mengenali undang-undang dan memahami pengurusan pelajar universiti.


Pada hari pertama, antara pengisian yang dijalankan dalam program tersebut adalah ceramah berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) yang disampaikan oleh Tn. Hj. Zulkiferee bin Ibrahim, Ketua Penolong Pendaftar, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Pengisian yang telah disampaikan oleh beliau adalah mengenai persepsi mahasiswa/mahasiswi terhadap AUKU, sebab-sebab pindaan AUKU dilakukan dan juga perbincangan beberapa seksyen-seksyen yang terdapat di dalam AUKU.


Pada keesokan harinya, 19 Oktober 2012, ceramah mengenai Pengurusan Organisasi telah disampaikan oleh En. Muhamad Safre bin Muhamad Sani, Penolong Pendaftar,HEPA pada pukul 8.00 pagi. Antara pengisian yang disampaikan oleh En. Muhamad Safree adalah "pengurusan organisasi mpp berlandaskan MS ISO 900:2008". Seterusnya, ceramah berkenaan pengurusan aktiviti pelajar yang diberi tajuk "Pengurusan Organisasi MPP berlandaskan MS ISO 900:2008" telah diadakan pada pukul 11.00 pagi oleh penceramah yang sama. Ceramah yang diberi tajuk " Tatacara Kewangan Universiti " telah disampaikan oleh Cik Wan Zawati binti Wan Jaafar, Penolong Pendaftar, HEPA. Ceramah itu diadakan pada pukul 2.30 petang.


Hari terakhir di Rumbia Resort Villa, Paka, Terengganu, sesi yang telah diadakan adalah sesi bersama penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Prof Madya Hj. Zainal Ashirin bin Shahardin. Akhir kata, selamat menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab.

Tuesday 16 October 2012

Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Pengambilan Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar yang baru telah dijalankan pada 16 Oktober 2012. Ramai mahasiswa/mahasiswi telah melibatkan diri untuk memohon jawatan tersebut. Untuk memohon jawatan tersebut, mahasiswa/mahasiswi dikehendaki memenuhi kriteria-kriteria tersebut :


  • Mempunyai minat dan bakat
  • Boleh bekerja dalam pelbagai situasi
  • Boleh memberi komitmen secara menyeluruh

Selain itu, mahasiswa/mahasiswi yang telah memohon jawatan tersebut, telah menghadiri temuduga yang diadakan pada 16 hingga 18 Oktober 2012. Berikut adalah senarai ahli Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013.





Tahniah kepada mahasiswa/mahasiswi yang terpilih. Semoga anda dapat menjalankan tugas dan amanat yang diberi dengan penuh tanggungjawab.