Friday 19 April 2013

Soal Jawab mengenai Year Book Design Competition anjuran MPP Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.




Dalam beberapa hari sejak pertandingan ini diuar-uarkan, terdapat beberapa persoalan yang diutarakan oleh segelintir para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah;


1) Ada hadiah tempat ke-2 dan ke-3?
Ada. Pihak penganjur akan mengumumkan hadiah bagi tempat ke-2 dan ke-3. Tarikh dan waktu tertakluk kepada pihak penganjur. 

2) Nak letak tajuk apa kat YEAR BOOK  tersebut?
Tema pertandingan Year Book adalah bebas. Berunsurkan MODERN,INTELLIGENT & SIMPLE.

3) Bilakah tarikh tutup?
Tarikh tutup pertandingan adalah 26 April 2013. Perubahan tarikh tutup tertakluk kepada pihak penganjur dan akan diberitahu/diumumkan oleh pihak penganjur.

4) Submit design pakai apa?
Hasil karya/seni/design boleh dihantar secara softcopy melalui email talhah.mppumt@gmail.com . Hasil karya/seni/design yang dihantar disertakan dengan nama penuh dan nombor UK.

5) Soft copy bagaimana. ?
 Hasil karya/seni/design dihantar dalam format JPEG sahaja.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang pihak kami terima. Sebarang perubahan akan kami maklumkan. Peserta digalakkan untuk mengikuti perkembangan pertandingan ini sepanjang ia dijalankan. Kami akan uar-uarkan lagi di sini dan juga di Facebook.

Sekian terima kasih.

"Melestarikan Pembangunan Mahasiswa Berintegriti"


Friday 5 April 2013

YEAR BOOK DESIGN COMPETITION

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam satu Malaysia.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu. Pelajar hanya perlu mereka bentuk muka hadapan (cover page) untuk Majalah Tahunan UMT.





Berikut merupakan link untuk borang penyertaan  YEAR BOOK DESIGN COMPETITION. Anda boleh memuat turun borang penyertaan tersebut dengan menekan link di bawah. Sebarang masalah sila tinggalkan komen dibawah.


https://workspaces.acrobat.com/?d=p-sIxmO-aZunlM3yrRr3dQ

Sekian Terima Kasih.

"MELESTARIKAN PEMBANGUNAN MAHASISWA BERINTEGRITI"