Sunday 10 February 2013

Majlis Penghargaan Mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA), UMT oleh Pejabat Pendaftar UMT

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Pada tanggal 9 Januari 2013, Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Penghargaan kepada Mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT, Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim. Majlis ini diadakan di Primula Beach Resort. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa-jasa dan sumbangan yang telah beliau sumbangkan untuk Universiti Malaysia Terengganu. Semoga beliau berjaya melakukan tugas beliau di UniSZA dengan cemerlang dang gemilang.









Saturday 9 February 2013

PENGSTRUKTURAN SEMULA PENGURUSAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGANU 2013


PENGSTRUKTURAN SEMULA PENGURUSAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGANU 2013
8 FEB 2013

1) HEPA TELAH DI PECAHKAN KPD BEBERAPA PUSAT LAIN

a. Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP)

- Yang menguruskan hal ehwal pelajar termasuk AKTIVITI PELAJAR

PENGARAH: TUAN HJ ZAINAL ASHIRIN

b. Pusat Pembangunan Alumni & Keusahawanan (PPAK)

PENGARAH: TUAN HJ SEMANAT

(Nama HEPA tidak akan digunakan lagi)

2) BANGUNAN KOMPLEKS SISWA TERDAPAT 4 PUSAT/BAHAGIAN

a. PPHP (aras 1)

b. PPAK (aras 1)

c. Pusat Kesihatan

d. Bahagian Kolej Kediaman

3) PUSAT PERANCANGAN & PEMBANGUNAN AKADEMIK

- berpindah ke Bangunan Sekolah Siswazah

4) PEJABAT PENDAFTAR: MEMPUNYAI 5 BAHAGIAN@PUSAT DIBAWAH JAGAANNYA DAN PEJABAT PENGURUSAN UTAMA YANG BERKAITAN DENGAN PELAJAR BERTAPAK DI BAHAGIAN AKADEMIK LAMA

JABATAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI

KETUA PENOLONG PENDAFTAR: TUAN HJ ZUKIFEREE IBRAHIM

a. Bahagian Kenderaan (Pejabat tempat lama)

b. Bahagian Keselamatan (tempat lama)

c. Pusat Islam (tempat lama)

d. Pusat Sukan & Rekreasi (tempat lama)

e. Pusat Kebudayaan dan Keseniaan (sekolah siswazah)

Friday 8 February 2013

Kenaikan Pangkat Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim

Assalamualaikum, salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia.


Pada tanggal 1 Januari 2013 yang lepas, bermula episod baru bagi mantan timbalan naib Canselor(HEPA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim sebagai naib Canselor yang baru di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).  Beliau telah dinaikkan pangkat dan mula memikul tanggungjawab tersebut bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2015. Beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Alias Daud yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember yang lalu. Semoga beliau berjaya melakukan tugasnya dengan cemerlang dan gemilang.



Pada 6 Januari yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan majlis bagi menghargai jasa beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat di UMT. Beliau telah melakukan pelbagai perubahan sepanjang perkhidmatan beliau di sini.






Kenaikan pangkat beliau di dada akhbar.

Akhir kata, Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2012 mengucapkan Salam Perpisahan atas Perlantikan Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim sebagai Naib Canselor UNiSZA. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.


•• MELESTARIKAN PEMBANGUNAN MAHASISWA BERINTEGRITI ••




MISI SUKARELAWAN UMT MEMBANTU MANGSA BANJIR DI BESUT

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Sepanjang bulan Disember, Terengganu telah mengalami musim tengkujuh. Kebanyakan daerah di Terengganu mengalami banjir. Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar UMT telah mengambil bahagian dalam Misi Sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di daerah Besut, Terengganu pada 27 Disember 2012. Dalam kesibukan untuk mengahadapi Peperiksaan akhir semester, mereka masih lagi sempat untuk berbakti dan membantu penduduk daerah Besut, yang memerlukan bantuan. Walaupun hanya sehari sahaja misi sukarelawan tersebut, sudah cukup untuk meringankan beban mereka yang memerlukan pertolongan. Semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan kepada mereka. Bangga menjadi sebahagian daripada warga UMT yang cakna akan keadaan sekeliling.









Berikut merupakan keratan akhbar di Berita Harian, Selasa, 1 Januari 2013 yang lepas, berkaitan dengan misi Sukarelawan UMT.



Sekian terima kasih. MELESTARIKAN PEMBANGUNAN MAHASISWA BERINTEGRITI