Friday 19 April 2013

Soal Jawab mengenai Year Book Design Competition anjuran MPP Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.




Dalam beberapa hari sejak pertandingan ini diuar-uarkan, terdapat beberapa persoalan yang diutarakan oleh segelintir para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah;


1) Ada hadiah tempat ke-2 dan ke-3?
Ada. Pihak penganjur akan mengumumkan hadiah bagi tempat ke-2 dan ke-3. Tarikh dan waktu tertakluk kepada pihak penganjur. 

2) Nak letak tajuk apa kat YEAR BOOK  tersebut?
Tema pertandingan Year Book adalah bebas. Berunsurkan MODERN,INTELLIGENT & SIMPLE.

3) Bilakah tarikh tutup?
Tarikh tutup pertandingan adalah 26 April 2013. Perubahan tarikh tutup tertakluk kepada pihak penganjur dan akan diberitahu/diumumkan oleh pihak penganjur.

4) Submit design pakai apa?
Hasil karya/seni/design boleh dihantar secara softcopy melalui email talhah.mppumt@gmail.com . Hasil karya/seni/design yang dihantar disertakan dengan nama penuh dan nombor UK.

5) Soft copy bagaimana. ?
 Hasil karya/seni/design dihantar dalam format JPEG sahaja.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang pihak kami terima. Sebarang perubahan akan kami maklumkan. Peserta digalakkan untuk mengikuti perkembangan pertandingan ini sepanjang ia dijalankan. Kami akan uar-uarkan lagi di sini dan juga di Facebook.

Sekian terima kasih.

"Melestarikan Pembangunan Mahasiswa Berintegriti"


No comments:

Post a Comment