Thursday 31 January 2013

Step Mengadakan Karnival Jualan di UMT. (bhg 1)


Step Mengadakan Karnival Jualan di UMT.

Untuk mengadakan aktiviti berunsurkan jualan di UMT, ada beberapa perkara yang anda perlu selesaikan dalam tempoh awal sebelum melaksanakannya. Jadi, disini saya sediakan beberapa panduan yang boleh diikuti:

               1)      Sebelum event:

Ø  Pilih tarikh yang sesuai
Ø  Sediakan paperwork yang lengkap
Ø  Dapatkan kelulusan dari pegawai yang berkenaan ( untuk meluluskan perjalanan keluar masuk surat dan urusan rasmi yang lain)
*pastikan paperwork mendapat kelulusan 2-3 bulan sebelum aktiviti dijalankan untuk mengelakkan penundaan tarikh dan kerja last minit.
Ø  Lakukan pembahagian tugas secara lengkap dan teliti antara AJK yang dilantik
Ø  Pastikan segala surat- surat permohonan alatan dan sebagainya dihantar kepada jabatan- jabatan yang berkenaan. Cth:
i)        Permohonan Menggunakan Kanopi, surat ditujukan kepada pihak Pusat Pembangunan Harta (PPH) UMT
ii)       Pemohonan Menggunakan Kawasan Hostel, surat ditujukan kepada pihak Pembangunan Kemudahan Pelajar (PKP) UMT
iii)      Pemohonan Menggunakan Alatan Siaraya, surat  ditujukan kepada pihak Pusat Kebudayaan dan Keseniaan HEPA. Dsb.
Ø  Memastikan booth, meja, kerusi, booth tagging, wiring dan keperluan lain telah disediakan. Buat Senarai Checklist untuk memudahkan anda.
Ø  Sediakan dokumen- dokumen lain yang penting.
Ø  Mantapkan promosi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di karnival anda. Lagi awal lebih baik.

Bersambung di entry yang seterusnya... =) here some tips from Lindsay Pellegrino.. enjoy it!!

          

No comments:

Post a Comment